fbpx
BALOGUN (kanan) dilayangkan kad merah selepas dikesan melakukan terjahan keras kepada pemain Bosnia dan Herzegovina, Tarik Muharemovic. - AFP

Piala Dunia 2026: Amerika Syarikat ikut jejak Mexico dan Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SAN FRANCISCO – Penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun menjadi perhatian utama ketika bantu pasukannya menang 2-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina pada aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026 di Stadium San Francisco Bay Area, hari ini.

Balogun menyumbangkan jaringan pertama Amerika Syarikat namun terpaksa menamatkan aksi lebih awal apabila dilayangkan kad merah.

Terdahulu, Amerika Syarikat terpaksa menanti hingga minit terakhir babak pertama untuk merobek gawang lawan menerusi penyudah sempurna Balogun.

Bagaimanapun, 19 minit selepas aksi bersambung menyaksikan penyerang itu dilayangkan kad merah selepas campur tangan Video Bantuan Pengail (VAR) membabitkan insiden pertembungan dengan pemain lawan Tarik Muharemovic.

Kurang seorang pemain memaksa skuad kendalian Mauricio Pochettino bermain secara bertahan namun Amerika Syarikat terus membuktikan kualiti apabila memperoleh gol kedua menerusi Malik Tillman pada minit ke-82.

Kemenangan itu menyaksikan Amerika Syarikat mengikut jejak dua lagi pasukan tuan rumah, Mexico dan Kanada yang turut layak selepas menumbangkan lawan masing-masing.

Di pusingan 16, Amerika Syarikat dijadualkan bertemu Belgium, Selasa ini. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN