fbpx
JASLINDA dibenarkan keluar daripada Wad Perempuan, Hospital Tapah di sini kira-kira pukul 1.50 petang tadi.

Terima kasih rakyat Malaysia, balik nak tidur berehat dahulu – Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita cekal, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar daripada Wad Perempuan, Hospital Tapah di sini kira-kira pukul 1.50 petang tadi dan wanita itu kelihatan ceria serta banyak tersenyum.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mendoakan keselamatan saya. Balik ke rumah tidur, berehat dahulu. Kenyataan-kenyataan itu kemudian saya beritahu. Benda-benda (spekulasi) yang dengar itu semua fitnah,” katanya ringkas kepada pemberita di Wad Perempuan, Hospital Tapah di sini hari ini.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai ‘fitnah’ yang dimaksudkan.

Jaslinda dipercayai dibawa pulang ke kediamannya di Damansara dengan menggunakan sebuah kereta Honda City berwarna hitam dipandu suaminya, Haszman Othman, 61. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN