fbpx
Gambar hiasan

Ramai balik kerja petang ini dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kemaman, Terengganu dan Pahang (Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut MetMalaysia, di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang)

“Di Sabah, amaran sama melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN