PETALING JAYA – “Tuan-tuan, pergilah ke pesta buku. Di sana ramai calon isteri yang muda, cantik dan pandai.”
Itu saranan Jurulatih Komunikasi dan Kepimpinan, Nurhidayah Jaafar kepada para lelaki bujang yang berhajat untuk mencari calon isteri.
Bagaimanapun jelas beliau, pilihan yang tepat juga bergantung kepada genre buku yang dibaca.
“Nak tahu macam mana, tengok genre (buku) yang dibaca.
“Kalau mencari calon isteri, pertama elok, kedua pandai,” katanya di media sosial,” hari ini.
Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai terutamanya kaum lelaki, namun ada juga para ibu yang berseloroh mahu mencari calon menantu mereka di pesta buku.
“Baik, saya akan berada di sudut buku agama, resepi, dekorasi, keluarga, kewangan dan Ujang,” ujar seorang lelaki.
“Baik puan, nak pergi cari calon menantu,” komen @Norhazlina Hamdan.
“Kena tunggu di kawasan buku resepi ni untuk cari yang pandai masak,” kata @Zainal Samat. – KOSMO! ONLINE














