SUASANA Pesta Kaamatan di Kuala Lumpur pada tahun 2010 meninggalkan kesan mendalam buat Broidie Paul apabila dia melihat ramai masyarakat Sabah di Semenanjung hadir tanpa busana tradisional mereka. Di sebalik kemeriahan sambutan budaya itu, timbul rasa sayu apabila identiti warisan Kadazandusun sukar diketengahkan oleh saudara seperantauan kerana kekurangan akses kepada pakaian tradisional tersebut. Daripada pengalaman itulah tercetus ilham buat wanita berketurunan Dusun Tindal itu untuk mula menjahit dan menyediakan perkhidmatan sewaan pakaian tradisional Kadazandusun agar budaya Sabah terus diraikan walaupun……














