fbpx
Gambar hiasan

Kecoh tingkat 23 menara mall terima emel letak bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan ancaman bom di sebuah bangunan terkemuka di ibu negara malam tadi hanyalah palsu selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan bangunan berkenaan kira-kira pukul 9.09 malam.

Menurut beliau, pusat khidmat pelanggan bangunan itu menerima satu emel mendakwa terdapat bom diletakkan di tingkat 23 menara utara premis berkenaan.

“Susulan maklumat diterima, Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ancaman tersebut adalah palsu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN