fbpx
Mohd. Zamri (kanan) memeriksa salah sebuah kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury di Stesen Penguat Kuasa Kijal, Kemaman hari ini.

Tak bayar cukai jalan, hanya guna kenderaan mewah jarak dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Padah liat memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans, sebanyak 30 kenderaan mewah milik individu dan syarikat disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Kesemua kenderaan mewah tersebut disita dalam pemeriksaan Ops Luxury yang dilaksanakan di seluruh negeri ini sejak awal tahun ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, antara kenderaan mewah yang disita tersebut berjenama Ford Ranger, Volkswagen, Toyota Alphard, Mercedes Benz dan BMW.

“Sepanjang Ops Luxury berkenaan, kami telah memeriksa 130 buah kenderaan mewah milik individu dan syarikat.

“Segelintir didapati mahu bergaya dengan kenderaan mewah tetap liat mahu memperbaharui LKM dan insurans,” katanya selepas mengetuai Ops Luxury di sini, hari ini.

Mohd. Zamri berkata, antara alasan popular diberi ialah kenderaan mewah terbabit kononnya hanya digunakan untuk perjalanan jarak dekat.

Beliau berkata, alasan tersebut sangat bertindak bertanggungjawab dan JPJ tidak akan ‘memejam mata’ hanya kerana status individu terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN