PENGHUJUNG 2025 lalu, penyanyi Ernie Zakri pernah memberi bayangan tentang album duet mega berjudul Sahabat. Katanya, projek tersebut bakal menghimpunkan 10 lagu kolaborasi bersama barisan penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, termasuk nama besar seperti Dayang Nurfaizah.
Namun sehingga kini, sepi tanpa khabar membuatkan peminat mula tertanya-tanya ke mana hala tujunya. Diva sendiri resah menunggu. Dengan kemampuan vokal Ernie, album itu sepatutnya menjadi ledakan luar biasa. Jangan sampai terlalu lama ‘diperam’, bimbang hilang momentum.
Diva memang menantikan album tersebut, mahu lihat apa lagi yang isteri Syamel itu mahu tawarkan kepada pendengar kali ini.
Harapnya semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang kesulitan, kita cuma mahu karya berkualiti. Apa pun, sokongan DIVA tetap padu buat Ernie.
DIVA: Terhibur tengok gelagat artis senior sekarang yang pantang dicuit. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit mengadu kat netizen.














