fbpx
Mohamad diberi penerangan pegawai terlibat mengenai projek tanaman nanas di Jalan Kebun Nanas, Klang.

Projek nanas premium mampu jana pendapatan RM10,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Projek Rintis Pintar Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun Nanas di sini menunjukkan perkembangan positif apabila dianggarkan mampu menjana pendapatan kasar melebihi RM370,000.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tanaman nanas premium seluas 2.4 hektar itu turut berpotensi meraih keuntungan bersih sekitar RM174,000 selain mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM10,000.

“Ini satu bukti jelas industri nanas premium mempunyai masa depan yang sangat cerah. Ia bukan sekadar projek biasa, tetapi mampu menjadi sumber pendapatan mampan khususnya buat anak muda dan golongan B40 yang benar-benar mahu mengubah taraf hidup melalui sektor pertanian.

“Pertanian hari ini bukan lagi sekadar kerja kampung seperti dahulu semata-mata, sebaliknya sudah menjadi industri moden yang mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan dengan ilmu, teknologi dan kesungguhan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, kejayaan projek itu diharap dapat membuka mata lebih ramai rakyat mengenai potensi besar sektor pertanian sebagai sumber rezeki yang stabil dan menguntungkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN