fbpx
Gambar hiasan

Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung kes rasuah membabitkan projek mesra rakyat.

Menurut sumber, pendakwaan ke atas lelaki itu dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 8.30 pagi.

Media sebelum ini melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000.

Wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 9.30 malam, 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Mereka disyaki melakukan perbuatan itu pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai RM1.5 juta.

Projek itu dipercayai membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN