fbpx
BUSANA MET Gala Karan Johar dilihat benar-benarkan mengagungkan estetika kebudayaan India ke mata dunia.

Fesyen Karan Johar ‘mendewakan’ India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Acara MET Gala sememangnya dinanti ramai saban tahun. Lebih menarik, sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai selebriti Bollywood dijemput ke acara gemilang itu antaranya Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Alia Bhatt, Shah Rukh Khan dan Kiara Advani.

Namun tahun ini, hanya seorang selebriti Bollywood dilihat berada di acara yang berlangsung di New York itu iaitu pengarah terkenal, Karan Johar.

Ini adalah kemunculan pertama Karan di acara tersebut dan hadir bergaya dengan busana rekaan teman baiknya, Manish Malhotra.

Penampilan Karan meraih pujian ramai netizen kerana memartabatkan seni agung warisan India.

“Bangga dapat mewakili negara India, warisan seni, budaya dan penceritaan negara kita,” tulisnya dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN