fbpx
Amir mengimpikan untuk memiliki calon isteri yang mempunyai keperibadian lemah lembut bagi memastikan anak-anaknya akan dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang satu hari nanti.

‘Pernah minat wanita badan besar, saya tak pandang rupa langsung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Amir Ahnaf mengimpikan untuk memiliki calon isteri yang mempunyai keperibadian lemah lembut bagi memastikan anak-anaknya akan dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang satu hari nanti.

Pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, itu berkata, keperibadian yang baik adalah penting bagi memastikan emosi dan proses tumbesaran anak-anak terjaga.

“Dulu saya pernah sangat meminati seorang wanita berbadan besar tapi tak pernah meluahkan perasaan kepadanya. Dari situ mula sedar yang saya tidak pandang langsung rupa paras.

“Tapi sekarang saya fikir semula, nanti apabila umur sudah 35 tahun, saya nak ada seorang atau dua anak dan mahu teruskan legasi.

“Jadi, kalau boleh ingin seseorang orang yang cantik dan lemah lembut sebab karakter ibu memainkan peranan yang sangat besar untuk pembesaran emosi anak-anak,” katanya dalam temu bual sebuah siaran podcast baru-baru ini.

Katanya, sekiranya seorang wanita mempunyai sifat negatif seperti panas baran, kesannya pasti akan diterima anak-anak.

“Kalau seorang ibu itu seorang yang pemarah dan (mengamalkan) pengabaian emosi — benda itu akan dikongsi kepada anak-anak terutamanya anak lelaki.

“Jadi, kalau figura seorang ibu itu sangat penyayang, cantik, lemah lembut, karakter sebegitu yang akan membentuk anak-anak membesar sejak kecil,” ujarnya yang turut meminati wanita yang kelakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN