fbpx
HARTINI tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Hospital Melaka, malam tadi.

Saya baru bagi dia makan – Nenek terkilan cucu lemas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Saya baru bagi dia makan selepas dia pulang dari kokurikulum, tak tahu nak cakap macam mana (insiden berlaku).

Demikian kata Hartini Suparto, 73, nenek kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Loqman Afandy, 12, yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras longkang di Taman Ayer Keroh Heights di sini, lewat petang semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, dia sempat mengambil cucunya yang baru pulang dari aktiviti kokurikulum ke rumahnya sebelum memberi makan sekitar pukul 3.30 petang.

“Dia balik lewat kerana kokurikulum dan saya sempat beri dia makan.

“Lepas makan dia keluar bermain. Tak lama kemudian polis datang beritahu dia lemas. Saya terkejut, tak tahu macam mana ia boleh berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Muhammad Loqman telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan bomba kira-kira enam meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, malam tadi.

Tambah Hartini, dia telah menjaga Loqman bersama adiknya berusia 10 tahun sejak kecil selepas ibu bapa mereka berpisah.

“Dia budak baik, dengar kata dan boleh diharap,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hanyut di hadapan adik serta rakan-rakannya selepas terjatuh ke dalam longkang di lokasi sama.

Menurut ibu kepada salah seorang saksi, Nor Hafizah Johari, 34, anaknya memaklumkan mangsa terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras ketika mereka bermain basikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN