fbpx
Tangkap layar memaparkan sistem semakan PDPP yang gagal diakses kerana kesesakan trafik pengguna di laman berikut.

Sistem semakan PDPP tergendala, netizen ‘nervous’ tunggu keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gangguan akses laman sesawang semakan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) hari ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan calon yang cuba mendapatkan keputusan masing-masing.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai pengguna memaklumkan mereka berdepan kesukaran untuk log masuk dipercayai akibat trafik tinggi.

Seorang pengguna, @Eddiee_ler berkata, isu tersebut bukan dialami individu tertentu sebaliknya melibatkan ramai calon.
“Pada mulanya saya sangka hanya saya menghadapi masalah semakan keputusan PDPP, namun rupa-rupanya trafik laman tersebut terlalu tinggi,” katanya.

Sementara itu, @Mimotmzln menyifatkan gangguan laman sesawang itu sebagai perkara biasa apabila jumlah pengguna terlalu ramai.

“laman pembelian tiket konsert Coldplay pun boleh mengalami gangguan, apatah lagi laman PDPP yang diakses oleh jumlah pengguna yang besar,” katanya.

Pada masa sama, @1chiizzy_ berseloroh mengenai individu yang berjaya mengakses sistem lebih awal.

“Saya tertanya-tanya siapakah individu yang bertuah terawal yang berjaya log masuk ke sistem tersebut,” katanya.

Seorang pengguna, @Dill_zaini berkata, dia menunggu hampir sejam bagi mencuba semakan.

“Saya sudah menunggu hampir sejam dan dah mula rasa ‘nervous’ dah ni. Harapnya sistem dapat diakses dengan segera,” katanya.

Sementara itu, @Prvluth berpandangan jumlah pengguna yang ramai menjadi faktor utama laman tersebut mengalami kesesakan.

“Jika puluhan ribu pengguna mengakses laman yang sama dalam satu masa, gangguan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Semakan keputusan PDPP dibuka secara dalam talian melalui laman rasmi Kementerian Pendidikan, bagaimanapun akses dilihat perlahan dipercayai susulan jumlah pengguna yang tinggi secara serentak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN