fbpx
Tangkap layar video yang dirakam pada 'dashcam' dikongsikan lelaki tersebut di media sosial, semalam.

[VIDEO] ‘Bukit Tangga kalau hujan memang licin jalannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri hampir terbabit dalam kecelakaan jalan raya apabila mereka berjaya mengelak daripada bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan di Bukit Tangga, Jelebu semalam.

Pemandu kereta dari arah bertentangan itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas melalui selekoh tajam dan keadaan jalan raya yang licin.

“Cerita hari ini (semalam). Lokasi di Bukit Tangga, Jelebu. Kereta itu mungkin hilang kawalan,” kata @Aiyiekarim97 di media sosial.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.51 petang semalam, berdasarkan rekod pada rakaman papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan pada hantaran tersebut.

Hantaran itu meraih pelbagai komen daripada orang ramai, malah ada yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

“Jalan ni memang sangat berselekoh tajam dan ini laluan nak pergi kolej saya. Dekat dua tiga kali juga la nak terbabas di selekoh situ,” kata seorang pengguna.

“Bukit Tangga kalau hujan memang licin jalannya,” dedah @Muhammad_asri_69.

“Itu lah dia rezeki. Allah elakkan kita daripada musibah,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN