fbpx
PASUKAN Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi pembunuhan di Kota Jaya, Kota Tinggi semalam. – MASTURAH SURADI

Mangsa ditembak depan mata isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Suasana di sebuah restoran di Kota Jaya di sini, gempar apabila dua lelaki dan seorang wani­ta mati ditembak warga emas dengan menggunakan senapang patah semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 61 dan 63 tahun serta wanita warga asing berusia 37 tahun disahkan maut di lokasi akibat ce­dera parah.

Serangan berdarah itu dipercayai disaksikan isteri salah seorang mangsa.

Setakat ini, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun pihak polis tidak menolak hutang sebagai punca serangan tersebut.

Susulan itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 71 tahun kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pada pukul 2 petang.

Warga emas itu dipercayai ditangkap anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa turut merampas senjata api yang dipercayai digunakan suspek untuk menembak ketiga-tiga mangsa.

Setakat pukul 5 petang semalam, pegawai forensik masih berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan termasuk mencari bahan bukti berkaitan.

Semakan mendapati ketiga-tiga mangsa dan suspek tinggal di daerah ini. Semakan mendapati suspek memiliki lesen api.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad mengesahkan kejadian tembakan tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN