fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki maut dipercayai terjatuh pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.44 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang belum diketahui identitinya meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat. Setakat ini, siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan termasuk proses pengecaman atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Zharif Ab Rasid di talian 012-5925390. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN