fbpx
Pemain JDT, Marcos Guilherme cuba melakukan asakan ke atas benteng Al-Ahli pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tiger

ACLE: JDT tewas bermaruah kepada juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melangkah jauh pada kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak kesampaian selepas disingkirkan juara bertahan, Al-Ahli dengan kekalahan 1-2 pada aksi suku akhir di Stadium King Abdullah, Jeddah sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad JDT kendalian Xisco Munoz membariskan kesebelasan terbaik dengan Jairo da Silva, Marcos Guilherme dan Jonathan Silva mengetuai jentera serangan.

Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila berjaya mendahului seawal minit ke-19 selepas Ali Majrashi tertampan hantaran Jairo ke gawang sendiri.

Tersentak dengan jaringan tersebut, tuan rumah cuba memperkemaskan jentera serangan tetapi percubaan Riyad Mahrez pada minit ke-27 berjaya ditepis penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.

Tuah seakan memihak kepada juara Liga Super itu selepas Majrashi dilayangkan kad merah susulan terjahan keras yang dilakukan ke atas Jairo sehingga menyebakan pemain dari Brazil terpaksa mendapat rawatan segera.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Al-Ahli berjaya mengikat kedudukan sebelum wisel penamat babak pertama menerusi tandukan bekas pemain Barcelona, Franck Kessie.

Bersambung babak kedua, Al-Ahli terus mempamerkan kualiti tersendiri selepas mendapatkan gol kemenangan hasil rembatan menarik Galeno di luar kotak penaltii pada minit ke-54.

Munoz kemudian membuat rombakan dalam kesebelasan utama apabila memasukkan pemain di posisi serangan seperti Yago, Bergson dan Silva dan Ager Aketxe.

Namun, peluang keemasan yang dimiliki oleh Yago dan Oscar Arribas berjaya diselamatkan Eduord Mendy dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN