fbpx
Azar Azmi memaklumkan duit berjumlah RM40,000 yang diraih menerusi sesi live TikTok akan digunakan untuk melangsaikan semua hutang suami dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

‘Ikut perintah mahkamah, saya tak boleh jamin suami sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami sendiri.”

Demikian penegasan pelakon Azar Azmi berkenaan tuduhan menggunakan duit pemberian usahawan dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri untuk urusan mengikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen.

Menurut Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, orang luar sesuka hati boleh mengeluarkan dakwaan liar tanpa mengetahui perkara sebenar yang dilaluinya.

“Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya dari saya.

“Orang yang di luar yang komen-komen ini mereka boleh tulis dan cakap apa sahaja dan saya sebagai manusia biasa tidak mampu untuk menutup kata-kata manusia.

“Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal,” katanya kepada Kosmo! Online ketika Majlis Rumah Terbuka Media Prima, di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, pelakon drama Maaf Tak Indah itu tidak menyedari sebarang perkara mencurigakan dilakukan suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak pada mata saya dia keluar pergi kerja macam orang lain.

“Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia. Tiada kemewahan.

“Menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain,” katanya lagi.

Ditanya mengenai duit pemberian Aliff, Azar memaklumkan akan digunakan untuk melangsaikan semua hutang suami yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Duit RM40,000 yang dapat dari Datuk Aliff Syukri saya gunakan untuk melangsaikan hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu.

Terdahulu, nama Azar itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas kes dakwaan penipuan duit.

Begitupun, Azar dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Dalam prosiding pada Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN