fbpx
Individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung diesel Filipina dirakam keterangan oleh MCMC.

MCMC siasat individu sebar berita palsu diesel Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan kira-kira 329,000 tong bahan api diesel kepada Filipina.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol dan bukan milik Petronas atau kerajaan Malaysia.

“Peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita bagi membantu siasatan.

“Setakat 14 April lalu, sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka melibatkan penyebaran berita palsu mengenai krisis tenaga global di platform media sosial dan media digital susulan konflik di Asia Barat,” katanya di sini hari ini.

MCMC berkata, kesemua kes sedang dalam siasatan lanjut.

“Antara kandungan palsu yang tular termasuk dakwaan kenaikan harga bahan api jauh melebihi pengumuman sebenar selain tarif elektrik naik dan kapal Malaysia di Selat Hormuz membayar tol kepada Iran.

“Kandungan itu turut melibatkan pemberian subsidi Budi95 kepada warga Singapura dan penghantaran 329,000 tong diesel syarikat Vitol ke Filipina yang didakwa milik Malaysia,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN