fbpx
GAMBAR fail 2005 menunjukkan pemandangan penjara Alcatraz di Pulau Alcatraz, Teluk San Francisco, negeri California. – AFP

Trump minta RM600 juta, mahu bina semula penjara popular Alcatraz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump kelmarin meminta Kongres meluluskan pembiayaan AS$152 juta (RM612.7 juta) bagi memulakan pembinaan semula penjara Alcatraz yang terkenal, meneruskan visinya untuk mengembalikan semula bekas penjara pulau itu kepada kegunaan aktif.

Permintaan pembiayaan itu akan meliputi tahun pertama pembinaan penjara di Teluk San Francisco itu untuk  menjadi apa yang digambarkan sebagai ‘kemudahan penjara selamat paling canggih’.

Trump mendesak  Alcatraz dibuka semula sejak tahun lepas, menggambarkannya sebagai simbol pendekatan lebih tegas terhadap jenayah. Dalam catatan media sosial pada masa itu, beliau menyeru penjara itu dibina semula secara besar-besaran untuk menempatkan penjenayah paling berbahaya di Amerika Syarikat(AS).

Cadangan itu adalah sebahagian daripada belanjawan Jabatan Kehakiman lebih luas yang menekankan pelaburan penjara dan penguatkuasaan undang-undang. Bagaimanapun, permintaan Trump adalah tertakluk kepada kelulusan Kongres.

Laman  berita politik Axios memetik beberapa pegawai sebagai berkata, kompleks penjara itu perlu dibina semula dari  awal, menjadikan kos keseluruhan sekitar AS$2 bilion (RM8 bilion).

Alcatraz  yang dibuka sebagai penjara persekutuan pada tahun 1934, pernah dianggap antara penjara paling selamat di AS disebabkan lokasi pulaunya yang terpencil dan dikelilingi arus kuat. Ia menempatkan bilangan banduan agak kecil, termasuk ketua mafia, Al Capone.

Penjara itu memasuki budaya popular Amerika selepas tiga banduan berjaya lolos pada tahun 1962, menjadi inspirasi untuk filem Escape from Alcatraz dibintangi oleh Clint Eastwood.

Penjara Alcatraz ditutup pada tahun 1963 selepas kerajaan  memutuskan  ia terlalu mahal untuk diselenggara. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN