fbpx
MUHAMMAD HANIFF memantau keadaan dua ekor lembunya di Peringat, Kota Bharu semalam. – ROHANA MOHD. NAWI

Lembu pun mati tidak tahan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penternak di Kampung Padang Kala, Peringat di sini bimbang haiwan ternakannya mati apabila terdedah cuaca panas me­lampau sejak dua bulan lalu.

Terbaharu, seekor lembu milik seorang penternak di kampung itu tiba-tiba rebah semasa meragut rumput di padang sehingga terpaksa dijual kepada penyembelih pada harga RM300 agar tidak menanggung kerugian besar.

Seorang penternak, Muhammad Haniff Mat Hussin, 31, berkata, dia yang menternak 10 ekor lembu bimbang sekiranya haiwan ternakannya mati ekoran terdedah dengan cuaca panas ketika ini.

Menurutnya, semua lembu peliharaannya sudah ditempah untuk dijadikan haiwan korban pada Hari Raya Aidiladha.

“Saya menternak tiga jenis lembu termasuk lembu kampung, brahman dan charolais. Harga yang ditetapkan kira-kira RM700 hingga RM850 untuk satu bahagian korban lembu-lembu tersebut.

“Bagi mengelakkan lembu mati, saya akan pastikan bekalan air, dedak dan rumput mencukupi. Buat masa ini, lembu-lembu ternakan juga tidak boleh dibiarkan berada di padang ragut seperti biasa,” katanya di sini semalam.

Katanya, masalah yang dihadapi oleh penternak ketika ini adalah rumput kering apabila cuaca terlalu panas.

“Saya dengan kerjasama penduduk sudah bergotong-royong menanam rumput di kawasan seluas satu hektar. Selepas dipotong kali kedua, rumput menjadi kering.

“Buat masa ini, saya mengeluarkan wang simpanan bagi tujuan membeli dedak untuk 10 ekor lembu dengan setiap seekor perlu memerlukan kos lebih RM150,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penternak, Ariffin Mat, 60, berkata, dia memastikan lima lembu ternakannya berada di dalam kandang bagi mengelakkan haiwan tersebut terdedah cuaca panas terik.

Katanya, kebanyakan lembu akan rebah apabila badan terlalu panas dan berisiko akan mati sekiranya langkah pencegahan tidak dijalankan.

“Setiap hari, saya akan pastikan air dan makanan mencukupi untuk lima ekor lembu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN