fbpx
MOHD. ASHAFIQ menunjukkan lemang yang dijual di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

Lemang abang askar laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sekumpulan pegawai dan anggota tentera Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) tidak menyangka idea menjual lemang di Kem Seri Pantai, Seberang Takir di sini mendapat sambutan hangat dan habis selepas 18 minit gerai dibuka.

Pegawai Memerintahnya, Lef­tenan Kolonel Mohd. Ashafiq Abdul Aziz berkata, jualan dibuat selepas mereka dimaklumkan gerai membuat lemang kurang tetapi permintaan tinggi menje­lang Aidilfitri.

“Kemahiran membuat lemang digunakan oleh setiap pegawai dan anggota untuk membakar lemang sekali gus kita dapat mendekati masyarakat.

“Kita sudah jual 700 batang lemang sejak seminggu lalu di mana 600 sudah ditempah manakala bakinya secara walk-in antara RM15 hingga RM20 satu. Kesemuanya habis kurang 18 minit selepas gerai dibuka,” katanya.

Menurut Mohd. Ashafiq, mereka juga menyediakan lemang percuma kepada golongan tertentu seperti wanita hamil, orang kurang upaya dan warga emas.

Tambahnya, tindakan itu juga menyebabkan Kem Seri Pantai semakin dikenali orang awam dari Kelantan dan Kuantan, Pahang.
“Keuntungan disalurkan kepada kelab kebajikan kami,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN