fbpx
Bayaran menggunakan kod QR sememangnya memudahkan urus niaga, namun penerimaan wang tunai tidak seharusnya ditolak. – GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Peniaga hanya nak QR, duit tunai macam tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya kecewa apabila terdapat segelintir peniaga yang enggan menerima bayaran secara tunai dengan alasan tiada wang kecil untuk dipulangkan.

Saya memahami situasi jika harga barangan RM21, tetapi pelanggan menghulurkan wang kertas RM100. Sudah tentu ia menyukarkan peniaga untuk menyediakan baki.

Namun, apa yang mengecewakan apabila harga barangan hanya RM6 dan pelanggan membayar dengan wang RM10, tetapi tetap ditolak dengan alasan tiada duit kecil.

Kebanyakan peniaga kini suka bayaran dibuat secara dalam talian menggunakan kod QR.

Keadaan ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak lagi membawa wang tunai, malah ada yang langsung tidak menyimpan wang di dalam dompet.

Harus diingat jika sistem perbankan tergendala walaupun hanya untuk seketika, pengguna pasti gelabah, manakala peniaga pula tidak dapat meneruskan urusan jual beli.

Sehubungan itu, peniaga sepatutnya bersedia menerima pembayaran tunai dan memastikan wang kecil mencukupi untuk memulangkan baki. Janganlah sampai wang tunai seolah-olah tidak lagi mempunyai nilai.

PENGGUNA

Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN