fbpx
HIDALGO (kiri) antara tonggak penting buat JDT dalam semua kejohanan disertai mereka musim ini.

Hidalgo tak sabar lengkap naturalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK import Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo tidak sabar untuk membalas budi Malaysia jika dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya selepas proses naturalisasi dapat dilengkapkan seawal Mei depan.

Menurut Hidalgo, Malaysia sudah dianggap seperti ‘rumah kedua’ selepas lima tahun bermastautin di sini selepas berhijrah daripada kelab Liga Kejuaraan Inggeris (EFL), Sheffield Wednesday pada 2021.

“Saya menanti detik itu (melengkapkan proses naturalisasi) dan tidak sabar (sarung jersi Harimau Malaya).

“Jadi satu penghargaan istimewa buat saya untuk menjadi sebahagian daripada negara yang menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka ketika saya berusia 20 tahun pada 2021.

“Sekarang saya berusia 26 tahun, saya harap dapat menjadi pemain naturalisasi dan situasi ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya dipetik ketika ditemu bual satu stesen televisyen swasta.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kekuatan skuad negara kendalian Peter Cklamovsi bakal bertambah jika tiga tonggak berjaya dinaturalisasikan iaitu Bergson da Silva, Giancarlo Gallifuoco dan Hidalgo.

Sebagai rekod, Hidalgo mula beraksi di Malaysia bersama Sri Pahang FC pada Mei 2021 dan pernah mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City FC.

Difahamkan, situasi Bergson dan Gallifuoco lebih positif apabila dijangka menyertai kem negara lebih awal jika proses naturalisasi diselesaikan dalam masa terdekat.

Situasi itu menyaksikan Bergson selaku penyerang dan Gallifuoco di posisi pertahanan ada peluang diturunkan menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Hanoi pada 31 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN