fbpx
ABDUL GAFAR Gafar (kanan) mengagihkan plastik sampah kepada peniaga di Bazar Ramadan Peremba, Alor Setar kelmarin.

Pengotor, bahan mentah diletak atas lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebanyak 45 premis tomyam milik warga a­sing di bandar raya ini didapati kotor selain melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk berniaga tanpa lesen serta menggaji pekerja tanpa visa.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan hasil daripada pemeriksaan dalam Ops Tomyam ke atas 64 premis makanan Thailand baru-baru ini.

Katanya, sebanyak 64 premis makanan Thailand itu diperiksa dalam operasi tersebut, namun hanya 19 daripadanya mempu­nyai lesen sah.

“Kita juga mengeluarkan sebanyak 145 kompaun dan lima notis ke atas premis terbabit setelah gagal mematuhi peraturan termasuk tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

“Premis kotor seperti bahan mentah diletakkan di atas lantai selain pekerjanya tidak mempunyai visa dan tiada suntikan tifoid,” katanya selepas mengadakan Kempen Kebersihan Bazar dan Penyerahan Beg Sampah kepada peniaga Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Peremba di sini kelmarin.

Menurutnya, operasi itu dilakukan setelah menerima aduan daripada penduduk tempatan dan MBAS memandang serius sikap pemilik premis tomyam ini yang tidak mengikuti peraturan ditetapkan.

“Semua pengusaha premis makanan Thailand itu perlu mengemukakan permohonan lesen dari MBAS bagi mengelak tindakan tegas ke atas mereka.

“Kita akan berjumpa mereka pada minggu depan untuk mendapatkan status terkini tentang perkara ini termasuk berkaitan visa pekerja asing dan meminta mereka memperoleh lesen sebelum dibenarkan berniaga semula,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar penduduk tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing untuk perniagaan tersebut memantau kea­daan ini dan memastikan mereka mempunyai lesen sah.

“Penduduk tempatan diingatkan agar tidak menyalahgunakan lesen mereka dengan menyewakan kepada warga asing atau me­lakukan penipuan lesen seperti Ali Baba,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN