fbpx
Wan Mohd. Idham menunjukkan ayam golek bawang dan halia yang dijual di tepi Jalan Kadok-Ketereh di Kampung Chengal, Ketereh dekat Kota Bharu semalam.

Sejam, 40 ekor ayam golek terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang peniaga di Kampung Chengal, Ketereh di sini hanya berniaga ayam golek bawang dan halia selama satu jam setiap hari sejak 1 Ramadan lalu selepas 40 ekor ayam jualannya habis dibeli oleh pelanggan.

Wan Mohd. Idham Wan Molly, 36, yang baru pertama kali berniaga pada bulan Ramadan di tepi Jalan Kadok-Ketereh di sini dengan dibantu seorang rakan tidak menyangka ayam golek diperap dengan rempah buatan sendiri dan dijual pada harga RM25 seekor mendapat sambutan menggalakkan.

“Disebabkan kekangan modal, saya hanya menjual 40 ekor ayam sehari. Alhamdulillah pelanggan terdiri daripada mereka yang melalui laluan ini dan penduduk setempat. Mula jual pukul 4 petang, pukul 5 petang tutup kedai.

“Memang jualan ayam golek ini tak sempat untuk simpan lama. Rempah saya buat sendiri setiap hari dan tidak menggunakan pes segera manakala bekalan ayam juga dibeli setiap hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Chengal, Ketereh di sini kelmarin.

Wan Mohd. Idham berkata, dia memilih seekor ayam de­ngan berat lebih satu kilogram dengan setiap hidangan didatangkan bersama set sos buatan sendiri ala Thai sebagai pencicah.

Menurutnya, dia mengeluarkan modal lebih RM600 sehari untuk membeli bahan mentah dan pelbagai barangan lain untuk jualan ayam golek tersebut setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN