SEBULAN yang lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan nada sinis mencabar mana-mana wakil rakyat tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi untuk merasai sendiri pengalaman sebenar yang dialami oleh penduduk. Hal ini jelas memperlihatkan betapa Baginda amat prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat sejak bertahun-tahun lalu akibat penternakan babi berdekatan tempat tinggal mereka tanpa sebarang penyelesaian tuntas. Kelmarin, Baginda membuat penegasan yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya mereka yang mahu mendapatkan kepastian mengenai masalah berkenaan sekali gus memberikan……














