fbpx
Peserta MSM26 sebelum saingan bermula.

MSM26 rai kepelbagaian teknik memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MSM26 dimulakan dengan Pertandingan ‘Ngail De Baruh’ yang bertemakan pancingan tradisional pada hari pertama penganjuran. Menggunakan joran daripada alam, umpan semula jadi serta digalakkan mengenakan busana tradisional.

Acara ini mendapat perhatian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu dengan kehadiran Pengarah JKKN, Zubariah Abdullah.

Pertandingan sebenar berlangsung pada hari kedua dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dengan melibatkan penyertaan seramai 224 pemancing termasuk dua wanita dan dua pemancing di bawah umur 12 tahun.

Hari kedua juga, MSM26 memberi tumpuan kepada teknik pancingan moden. Hanya teknik mengilat gewang dan pancing layang dibenarkan.

Sebanyak lapan kategori dipertaruhkan seperti King of Haruan, King of Toman, King of Special, King of Rare, King of Fly, King of Hero Caster dan King of Cilik. Manakala King of MSM26 (berkumpulan) menjadi kategori utama.

Hanya ikan yang memenuhi had saiz minima iaitu 25 sentimeter (sm) bagi haruan dan 30sm bagi toman layak dipertandingkan.

Semua tangkapan wajib dise­rahkan dalam keadaan hidup untuk penjurian sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

SENTAK
Bagi memastikan ketelusan penjurian, MSM26 menggunakan aplikasi SENTAK yang dibangunkan oleh pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Aplikasi itu bukan sahaja mempercepatkan proses merekod tangkapan, malah telah terbukti keberkesanannya menerusi bebe­rapa siri pertandingan dengan kerjasama TFA sebelum ini, termasuk International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2025.

Selain aksi memancing, MSM26 turut diserikan dengan pertandingan memasak ikan haruan sebagai acara sampingan dengan tajaan Adabi. Sesi penjurian dikendalikan oleh juri profesional daripada University College Bestari (UCB).

Secara keseluruhannya, acara ini menarik penyertaan sebanyak sembilan pasukan.

Pertandingan Ngail De Baruh menarik penyertaan merentas generasi.

Pemenang
Hasil tangkapan didominasi oleh spesies haruan, manakala hanya seekor ikan bujuk berjaya didaratkan. Kategori utama King of MSM26 menyaksikan Team Beloh Rok 1 muncul juara dengan 24 ekor haruan, diikuti Team EXPxBAZZY (22 ekor) dan Team ABCD (19 ekor).

Sementara itu, satu-satunya tangkapan ikan bujuk ketika kejohanan ini telah berjaya menobatkan M. Amnan Baharuddin daripada Team Arnab Garang sebagai pemenang gelaran King of Special.

Bagi kategori King of Hero Caster, M. Syamier Mohd. Khairul daripada pasukan Rentaka 2 menjadi johan dengan empat haruan. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh Wan Mohammad Hidayatullah (Beloh Rok 6) serta M. Muhaimin Bin Razali (Rentaka 2).

Sementara itu, gelaran King of Cilik berjaya dimenangi oleh Putra Fayyadh Mohd. Irwan Shufardy daripada pasukan Red Barito.

Menariknya, kategori pancing layang menyaksikan kehebatan tersendiri apabila gelaran King of Fly Fishing dinobatkan kepada Nor Bahyuddin Nawai, manakala Nortasa Shakri merangkul King of Fly Fishing Haruan.

Ngail De Baruh turut menyerlahkan kehebatan pemancing wanita apabila kategori dewasa didominasi oleh Rafiah Saud sebagai juara, manakala kategori cilik, Muhammad Firaj Mikail menjadi johan.

Hadiah
Hadiah pertandingan sumbangan daripada EXP Fishing, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap dan Adabi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Muhammad Tarmizi Abdul Rahman.

Turut sama menyampaikan hadiah ialah Pengarah Urusan EXP Fishing, Junn Ng dan wakil Agropo­litan Besut-Setiu, Fauzi Deraman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN