KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu.
Bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd. Kurniawan Naim Moktar, 32, menang dengan majoriti 14,214 undi selepas memperoleh 19,852 undi menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman (5,638 undi) dan Goldam H Salangah (946 undi).
Kemenangan itu meneruskan legasi Allahyarham bapanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada 5 Disember 2025.
Kinabatangan terus kekal sebagai kubu kuat BN dengan gabungan itu memenangi kerusi berkenaan selama enam penggal berturut-turut sejak 1999.
Sementara itu di DUN Lamag, Mohd. Ismail Ayob, 45, memenangi pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,681 undi selepas meraih 7,269 undi mengatasi calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek yang memperoleh 1,588 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kinabatangan, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Sri Lamag dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafri Arifin. – KOSMO! ONLINE
BN kekal pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag
- Oleh IVAN AMIRUL
- 24 Januari 2026, 11:14 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

PRN N. Sembilan: Zahid yakin keserasian BN-PN terbukti 1 Ogos
25 Julai 2026, 11:15 pm

Saya dah jangka percanggahan BN, PN berlaku – Muhyiddin
25 Julai 2026, 8:07 pm

MVV mesti ikut pelan induk jika BN menang PRN
25 Julai 2026, 12:11 am

PH kena muhasabah, jangan asyik tuduh BN
24 Julai 2026, 3:02 pm

Kerjasama politik BN, PN cuma terpakai di Negeri Sembilan
24 Julai 2026, 1:06 pm

PRN N. Sembilan: Kerjasama BN, PN bukan wayang, kongsi dasar sama
24 Julai 2026, 12:05 pm

Dakwaan manifesto BN ciplak Sabah perang psikologi – Tok Mat
23 Julai 2026, 6:05 pm

Belum sesuai bentuk gabungan politik hadapi PRN N. Sembilan
23 Julai 2026, 5:02 pm






