fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat sehingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan dijangka sehingga pukul 9 malam ini.

“Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak di Kinta, Kampar dan Batang Padang manakala Sepang, Selangor turut terlibat dalam cuaca buruk itu.

“Hujan lebat juga tertumpu di Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan selain seluruh negeri Melaka turut terjejas.

“Di Johor, cuaca buruk berterusan berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” lapor MetMalaysia.

Bagi negeri Sarawak, amaran ribut petir turut dijangka di Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat di Sabah.

Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan berlaku di Labuan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN