fbpx
Gambar hiasan

Warga Selangor, KL bakal sambut malam tahun baharu dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca sempena Ambang Tahun Baharu 2026 dengan menjangkakan hujan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak serta Labuan dan Sabah melibatkan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, malam ini.

Bagi hari pertama tahun 2026, MetMalaysia meramalkan, ribut petir dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak, Labuan serta Sabah melibatkan kawasan Pedalaman dan Tawau pada waktu pagi.

“Pada sebelah petang, cuaca ribut petir dan hujan dijangka melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Labuan dan Sabah,” katanya.

Menjelang malam pula, cuaca hujan diramal berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Labuan.

Turut terlibat Sarawak di Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala Sabah melibatkan Kudat, Pedalaman dan Pantai Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI