LOKASI kejadian letupan bom IED di Desa Palma, Nilai pada Isnin lalu.

Selalu terserempak Ayang si ‘pakar bom’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Beberapa peniaga dan pekerja kedai di sekitar Desa Palma, di sini mengakui pernah berurusan dengan lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama pembuatan puluhan peranti le­tupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED).

Bagaimanapun, orang ramai tidak mengesyaki sebarang kelakuan mencurigakan sebelum kejadian letupan pada Isnin lalu.

Seorang pekerja kedai runcit, yang ingin dikenali sebagai Syazwana, 30-an, berkata, lelaki itu kerap dilihat datang ke kedai tempatnya bekerja kira-kira dua sehingga tiga kali seminggu untuk membeli barangan keperluan harian.

“Dia pernah beli telur, aiskrim, roti dan barangan lain. Cara dia datang pun macam pelanggan lain, tak pernah buat hal pelik,” katanya ketika ditemui semalam.

Ujarnya, penampilan lelaki itu seperti penduduk setempat, adakalanya berseluar pendek dan memakai pelitup muka.

“Tidak pernah terfikir dia terlibat dengan kes besar macam ini,” katanya.

Seorang peniaga nasi lemak, dikenali sebagai Kak Ros, 50-an, berkata, wajah suspek memang dikenalinya kerana kerap dilihat di kawasan berkenaan.

“Dia selalu beli nasi lemak dan kuih-muih di sini. Memang selalu nampak muka dia, tapi sebelum kejadian kami tidak ambil tahu sangat sebab ingat orang biasa,” katanya.

Katanya, hanya selepas kejadian letupan dan pendedahan pihak polis kelmarin barulah dia menyedari individu itu merupakan suspek utama kes tersebut.

Semalam, Kosmo! melaporkan, polis kini memburu seorang lelaki warga tempatan yang disifatkan sebagai antara individu paling berbahaya, dipercayai dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek dikenali sebagai Yeoh Hock Sun, 63, atau ‘Ayang’, dipercayai bertindak secara bersendirian serta memiliki kepakaran teknikal tahap tinggi dalam menghasilkan bahan letupan berbahaya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menyewa sebuah rumah kedai di tingkat tiga di kawasan berkenaan kira-kira enam bulan lalu dan menjadikannya sebagai makmal lengkap pembuatan IED. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN