fbpx
Selain dengkur, ke­tagihan permainan video selain mahu tidur berkualiti menjadi faktor memi­lih untuk ‘berpisah’ ketika tidur.

Pisah tidur sebab suami berdengkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak mahu tidur terganggu selain dibebani dengan masalah kecurangan pasangan antara punca ramai suami isteri memilih tidur bera­singan atau sleep divorce.

Trend yang sema­kin popular itu turut berpunca daripada masalah dengkur, ke­tagihan permainan video selain mahu tidur berkualiti menjadi faktor memi­lih untuk ‘berpisah’ ketika tidur.

Kebiasaannya pasangan memilih sama ada tidur berlainan bilik atau katil kerana mahu mendapatkan rehat yang baik memandangkan suami isteri bekerja.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh berkata, selain mahu rehat yang baik, pasangan suami isteri memilih untuk tidur bera­singan ialah kerana mempunyai masalah komunikasi atau tiada persefahaman.

“Tidur berasingan ini memberi kesan kepada keintiman pasangan suami isteri itu. Jika tidur sekali, satu katil di situ akan berlaku komunikasi antara mereka. Perkara itu yang boleh mengeratkan hubungan mereka.

“Tidur bersama ini bukan semata-mata untuk berhubungan, tetapi di situlah akan ada sentuhan kasih sayang, siang be­kerja jadi bila tidur sebilik, semasa itulah boleh berbual berkongsi cerita dengan suami isteri,” katanya.

Hushim berkata, gejala tidur berasingan ini juga berlaku tidak kira mengikut peringkat umur pasangan.

“Kebiasaannya ada pasangan yang mahu selesaikan isu tidur berasingan ini, jadi mereka dapatkan perkhidmatan kaunseling. Dari situ kita tahu ada macam-macam sebab pasangan tidak mahu tidur bersama ini.

“Ada juga pasangan yang tidak lagi tidur bersama kerana ada berlaku kecurangan, suami ke­tagih menonton porno atau leka bermain permainan video. Jadi, di situ bermula tidur asing dan akhirnya masalah tidak diselesaikan,” katanya.

Justeru itu katanya, sebaiknya suami isteri tidur bersama kerana masa yang diluangkan sebelum tidur boleh digunakan untuk berkongsi cerita, meluahkan pe­rasaan yang sekali gus mengeratkan lagi hubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN