PETALING JAYA – Kanak-kanak penghidap biliary atresia (BA), Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq selesai menjalani prosedur pembedahan pemindahan hati di Hospital Shanghai, China, sebentar tadi.
Menerusi hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di TikTok, beliau memaklumkan bahawa pembedahan melibatkan bapa dan anak itu berjalan dengan baik.
“Penantian dari pagi terjawab juga apabila pembedahan adik Medina dan ayahnya, berjalan dengan baik. Terima kasih atas doa dari semua.
“Kita teruskan berdoa agar adik Medina diberikan kesembuhan dengan segera,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Muhamad Akmal menyerahkan sejumlah RM120,000 daripada wang simpanan untuk menunaikan haji bagi membantu kos rawatan pemindahan hati segera di China kepada kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 4 bulan itu.
Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata turut bersyukur dengan kelancaran pembedahan berkenaan.
“Semoga terus kuat adik Medina. Saya dan isteri masih menanti zuriat tapi menangis tengok awak untuk sihat,” komen @AqlanHanis.
“Sama-samalah kita doakan supaya adik Medina akan sembuh dan pulang ke Malaysia bersama ahli keluarga. Kepada Datuk, jasamu membantu adik Medina sangat mulia,” komen @RohanaAnuar.
“Akhirnya, penantian itu berakhir sudah. Adik Medina dan ayahnya selamat menjalani pembedahan berkat bantuan Datuk dan izin Allah,” komen @Asiahhashim6. – KOSMO! ONLINE
@drakmalsalehAlhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulilah Penantian dari pagi terjawab juga apabila pembedahan adik Medina dan ayahnya berjalan dengan baik Terima kasih atas doa dari semua Kita teruskan berdoa agar adik Medina diberikan kesembuhan dengan segera ya Allah sayangkan Medina♬ original sound – Dr akmalsaleh














