KOTA KINABALU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Dewan Canselor semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, penuntut lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditemui oleh dua pekerja penyelenggaraan di pusat pengajian tinggi terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS.
”Pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.
”Pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu lalu, pukul 6.09 petang.
”Tiada saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan setakat ini. Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Penuntut UMS maut terjatuh di Dewan Canselor
- Oleh IVAN AMIRUL
- 19 Disember 2025, 11:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Hari ini dah empat hari awak tinggalkan saya dan anak-anak’
28 Jun 2026, 10:30 am

Budak 11 tahun maut, motosikal ditunda dirempuh Perodua Axia
27 Jun 2026, 12:14 pm

‘Biasanya isteri akan salam dan cium, tapi semalam dia keluar tergesa-gesa’
26 Jun 2026, 4:44 pm

Budak lima tahun maut jatuh tingkat 24 kondo
26 Jun 2026, 12:22 pm

Pengasuh direman kes kematian bayi
26 Jun 2026, 12:06 pm

Suami maut kena serangan jantung lagi 100 meter sampai hospital
26 Jun 2026, 12:03 pm

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong
26 Jun 2026, 8:32 am

Tragedi pulang kursus: Guru maut, lima cedera nahas di Lenggong
25 Jun 2026, 8:57 pm






