Penduduk lega apabila keadaan di salah satu kaki lima sudah lengang tanpa kehadiran lelaki Afrika yang sebelum ini mengganggu ketenteraman mereka di Taman United, Jalan Klang Lama semalam.

Terus menghilang lepas digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman United, Jalan Klang Lama di sini, lega apabila Awang Hitam tidak lagi melepak dan berkeliaran di kawasan itu selepas digempur pihak berkuasa kelmarin.

Rata-rata mereka mengakui sepanjang keberadaan lelaki ­Afrika di situ, mereka sering membuat bising selain memiliki tubuh besar yang menakutkan.

Tinjauan Kosmo! selama beberapa jam bermula pukul 10 pagi semalam mendapati, kawasan ia mulai tenang apabila hanya terdapat beberapa individu warga Afrika di situ.

Seorang pekerja sebuah pasar raya yang enggan dikenali berkata, kaki lima premis berkenaan sering dijadikan tempat golongan terbabit berkumpul.

“Setiap hari mereka datang sini untuk melepak dan berjumpa tapi mereka tak ganggu orang lain. Cuma mereka ini bi­sing. Selalu cakap kuat dan bergaduh sesama sendiri. Sebab itu, mungkin orang lain takut.

“Sebelum ini, beberapa kali orang awam sudah tegur, tapi mereka hanya tukar ‘port’ di lorong sebelah,” katanya.

Dalam serbuan kelmarin, imigresen menahan 90 warga asing terdiri daripada 64 lelaki dan 26 wanita susulan aduan awam dan risikan selama dua minggu.

Antara individu yang ditahan termasuk warga Nigeria, Yemen, Syria, Somalia, Guinea-Bissau, ­Sierra Leone, Liberia, Mali, Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Viet­nam, Thailand, Pakistan serta Sri Lanka dan India.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali ber­kata, lokasi itu sudah lama menjadi kawasan tumpuan warga Af­rika sejak beberapa tahun ­kebelakangan ini.

“Kebanyakan penghuni di sini semuanya warga asing yang menyewa rumah kos rendah. Saya tak pasti mereka ini bekerja atau belajar, tapi nampak berduit kerana mempunyai kenderaan sendiri,” ujarnya.

Seorang peniaga kedai makan yang mahu dikenali sebagai Amin berkata, suasana di kawa­san terbabit akan bertukar wa­jah terutama pada waktu malam apabila dipenuhi dengan warga Afrika.

Bagaimanapun, katanya, kea­daan tersebut telah berubah sejak operasi penguatkuasaan yang dijalankan baru- baru ini.

“Sejak serbuan itu, memang sunyi. Tidak nampak lagi kumpulan mereka berkumpul seperti sebelum ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN