PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara sah ke separuh akhir temasya Sukan SEA 2025 selepas muncul naib juara terbaik peringkat kumpulan susulan kegagalan Indonesia melakar kemenangan besar ke atas Myanmar sebentar tadi.
Pada aksi terakhir Kumpulan C, Indonesia perlu memiliki jurang kelebihan tiga gol untuk memintas skuad muda Harimau Malaya hanya mampu meraih kemenangan 3-1 di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, Thailand.
Skuad muda Sang Garuda berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 apabila meraih gol menerusi Firmansyah dan dua jaringan Jens Raven tetapi tidak cukup memandangkan mereka perlu sekurang-kurangnya empat gol.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad B-23 negara kendalian Nafuzi Zain akan menentang tuan rumah, Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Isnin ini.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Vietnam akan bertemu Filipina dengan juara akan layak ke final manakala yang tewas akan beraksi di penentuan pingat gangsa pada 18 Disember depan.
Kali terakhir skuad negara menjuarai ibu pingat emas itu adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia. – KOSMO! ONLINE














