PERNAH berada di titik paling rendah kehidupan dan berasakan kehancuran kerjaya akibat kes penyalahgunaan dadah tiga tahun lalu, pelakon Niezam Zaidi kini kembali dengan tekad baharu. Niezam atau nama sebenarnya, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 33, sama sekali tidak menyangka gara-gara watak Tajul dalam drama Dia Bukan Syurga, namanya kembali menyerlah, percikan noda hitam kian padam. Enggan mensia-siakan peluang kedua dan kepercayaan diberi peminat dan warga industri, Niezam menyifatkan episod gelap kehidupannya sebagai satu teguran menjadi manusia yang lebih baik. “Jujur,…