fbpx
FATIMAH bersama suaminya, Jasni berharap agar pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

‘Saya harap ada pihak yang dapat bantu kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang wanita warga emas menanggung derita apabila penglihatannya semakin merosot ekoran penyakit kencing manis dihadapi selain masalah buah pinggang.

Fatimah Ludin, 62, berkata, dia yang menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 50 tahun kini menjalani rawa­tan dialisis sebanyak tiga kali se­minggu di sebuah pusat rawatan di Lipis bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Dulu masih nampak sikit-sikit, sekarang ini jauh dekat pun sudah tak nampak sangat. Kadang-kadang langsung tak nampak,” katanya kepada Kosmo! di sini, kelmarin.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, keadaan kesihatannya yang semakin merosot ­turut menyebabkan dirinya terpaksa menggunakan lampin pakai buang setiap hari, dengan per­belanjaan mencecah ratusan ringgit sebulan.

Tambah Fatimah, suaminya, Jas­ni Md. Nor, 65, pula merupakan pesara polis menghidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu dan kini masih menunggu panggilan untuk menjalani rawatan lanjut.

“Pendapatan keluarga kami ha­nya bergantung kepada pencen suami yang berjumlah kira-ki­ra RM2,300 sebulan. Dengan duit itulah kami guna untuk ma­kan, beli ubat, kos perjalanan ulang-alik ke Kuantan untuk ra­watan jantung dan dialisis. Kadang-kadang terpaksa bermalam di rumah saudara,” jelasnya.

Katanya, keadaan ekonomi yang semakin mencabar ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka semakin tertekan, lebih-lebih lagi menje­lang Ramadan dan Aidilfitri.

“Saya harap ada pihak yang dapat bantu kami. Memang bergantung pada pencen sahaja. Kalau tak ada bantuan, kami susah,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga Fatimah boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0699541100121243 atau menghubungi talian 010-800 4431.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN