Rbuan penduduk membanjiri pantai Gaza bagi menantikan makanan.

Dunia tolonglah bantu Sumud sampai Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rak­yat Gaza yang dalam kelaparan, kesakitan dan kesengsaraan ang­kara kekejaman rejim Zionis kini setia menanti ketibaan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlayar menuju ke wila­yah bergolak itu.

Misi kemanusiaan melibatkan 53 kapal dari 42 negara dengan 400 pelayar antarabangsa termasuk 34 rakyat Malaysia itu membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan yang amat diperlukan rakyat Gaza.

Bukan hanya barang fizikal, malah konvoi GSF itu membawa mesej lebih besar yang menunjukkan solidariti antarabangsa kepada rakyat Gaza dan penentangan terhadap sekatan Israel terhadap wilayah ditindas itu.

Menerusi beberapa video yang dikongsi di media sosial, penduduk telah membanjiri pesisir pantai Gaza sejak kelmarin bagi menantikan ketibaan GSF.

Orang ramai yang berkumpul rata-ratanya ada yang me­ngibarkan bendera Palestin selain me­nyanyi dan mendoakan ke­selamatan sukarelawan flotila.

Pelayaran 53 kapal itu kini berdepan situasi lebih kritikal apabila konvoi dijangka memasuki zon merah hari ini.

Jika GSF berjaya memasuki zon merah iaitu kira-kira 100 kilometer dari Gaza, mereka mungkin berdepan ancaman lebih serius kerana Israel berikrar akan memastikan semua kapal dihentikan dengan apa cara sekalipun.

Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, GSF dijangka belayar memasuki zon merah kira-kira pukul 7 malam hari ini.

Ahmad Sani menunjukkan kedudukan pantai Gaza, lokasi yang sedang dituju konvoi misi kemanusiaan GSF pada sidang akhbar di Sepang semalam.

Katanya, kesemua kapal telah berjaya memasuki zon kuning 2 pada pukul 10 pagi atau pukul 3 petang waktu Malaysia semalam.

“Kalau kita masuk dalam zon merah, ia akan dipecahkan kepada tiga zon iaitu zon 1, 2 dan 3. Kelmarin kita berjaya masuk zon kuning 1 dan hari ini (semalam) kita masuk zon kuning 2.

“Zon merah ini kita akan ka­tegorikan sebagai kritikal kerana pada bila-bila masa mereka boleh dipintas dan selalunya dipintas pada waktu malam melihat kepada apa yang berlaku kepada kapal Madeline, Handala dan Mavi Marmara (sebelum ini),” katanya pada sidang akhbar semalam.

Katanya, buat masa ini, semua kapal kanvoi berada pada jarak sekitar 227 batu nautika dari pesisiran pantai Gaza.

“Melihat kepada corak ter­akhir ketika mereka berada di zon kuning iaitu zon perlu diberi perhatian, kita menjangkakan satu kemenangan moral bukan sahaja di Malaysia, tetapi di pe­ringkat dunia.

“Keadaan itu menggambarkan peluang konvoi GSF masuk ke Gaza semakin tinggi meskipun tidak mudah untuk katakan kita tidak akan dipintas.

“Selain itu, laluan dipilih juga ialah lautan antarabangsa, jadi dari sudut perundangan kita masih lagi berada di atas laluan yang tidak memasuki zon dika­tegorikan sebagai zon bahaya,” katanya.

Ahmad Sani mengesahkan tiada laporan serangan atau aktiviti dron yang mencurigakan kepada konvoi berkenaan.

“Kami mengesahkan me­nerima bantuan kemanusiaan daripada Agensi Turkish Red Crescent yang disalurkan melalui kapal laut tentera Turkiye.

“Delegasi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Selain itu, Sumud Nusantara Command Center turut mengesahkan dua buah kapal flotilla iaitu Nusantara (Tunisia) dan Taigete (Itali) mengalami kerosakan yang serius dan tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

“SNCC menerima laporan kapal Sirius dan Free Willy me­ngalami kerosakan dan berjaya dibaiki dan meneruskan pelayaran.

“Kapal Fair Lady yang rosak menyebabkan terpaksa ditunda oleh kapal Estrella Manuel dan meneruskan pelayaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN