fbpx
Gambar hiasan.

Plaza tol sesak gara-gara kad Touch ‘n Go ‘kering’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Saya ingin meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman yang saya alami baru-baru ini, ketika melalui sebuah plaza tol di lebuh raya utama.

Kenderaan saya dan pengguna lain terkandas gara-gara pemandu di hadapan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana baki kad Touch ‘n Go miliknya tidak mencukupi.

Apa yang menyedihkan, pemandu itu terpaksa keluar dari kereta dan berjalan ke pondok tambah nilai yang terletak agak jauh di hujung plaza tol.

Keadaan itu membahayakan keselamatannya kerana terpaksa melintas di antara lorong-lorong tol yang sibuk, manakala kami pula terpaksa menunggu.

Saya percaya ramai pernah berdepan perkara sama.

Masalah ini nampak kecil, tetapi apabila berlaku di plaza tol pada waktu sibuk, ia boleh menyebabkan kesesakan panjang dan menimbulkan kemarahan pengguna lain.

Sepatutnya, ada petugas tol yang sentiasa bersedia membantu. Kehadiran mereka penting bagi mengurus keadaan dengan pantas dan memastikan aliran trafik kembali lancar.

Saya harap pihak berkuasa dan syarikat pengendali lebuh raya segera meneliti isu ini.

Semua pengguna juga perlu memastikan baki kad Touch ‘n Go mereka sentiasa mencukupi.

Awang Kecewa
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN