fbpx
Keadaan Pantai Teluk Dalam yang sesak dengan pengunjung di Pulau Redang, Kuala Nerus semalam.

Laut bergelora, Pulau Redang sesak dengan pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Cuaca tidak menentu yang membuatkan laut bergelora ketika ini tidak menghalang para pelancong untuk membanjiri Pulau Redang, Kuala Nerus, dekat sini, sempena cuti persekolahan.

Kemasukan pengunjung ke pulau peranginan itu terutama di pintu masuk utamanya di Jeti Merang dan Kampung Mangkuk, di sini, meningkat sehingga 90 peratus sejak Jumaat lalu.

Seorang pengusaha bot pelancong, Sharul Azma Che Samaon, 42, berkata, kebanyakan tempahan ke Pulau Redang telah di­terima lebih sebulan lalu.

“Ia termasuk trip balik hari. Kami terpaksa tolak banyak permintaan saat-saat akhir kerana tempahan sudah penuh.

“Banyak juga tempahan di­terima dua bulan lebih awal membuatkan kami pengusaha bot pelancong tidak menang ta­ngan sepanjang musim cuti persekolahan ini,” katanya semalam.

Katanya, mereka juga terpaksa mengehadkan waktu operasi perkhidmatan bot pelancong ke Pulau Redang buat masa ini ekoran cuaca tidak menentu.

Dia berkata, waktu operasi perkhidmatan pada waktu ini dipendekkan sehingga pukul 3 petang berbanding 5 petang sebelum ini demi keselamatan pengguna.

“Hujan lebat sering turun pada waktu petang menyebabkan laut bergelora yang berbahaya buat bot pelancong,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Wan Aisyatul Nisa Wan Mohammad Nisal, 21, dari Sarawak berkata, dia memanfaatkan musim cuti sekolah ini untuk bercuti di Pulau Redang.

“Kami sekeluarga sudah lama merancang untuk bercuti ke Pulau Redang yang selama ini keindahannya diketahui menerusi media sosial sahaja.

“Kami merasa takjub sebaik menjejakkan kaki di pulau terke­nal ini. Hilang penat perjalanan jauh dari Sarawak apabila melihat keindahannya,” katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga sangat berpuas hati dengan percutian di Pulau Redang biarpun agak sesak dengan pengunjung pada masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN