fbpx
RASHFORD masih belum berjaya mencetak nama selaku penjaring atau mencipta umpanan gol buat Barcelona selepas tiga aksi La Liga. - AFP

EPL: Impian Rashford dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Perpindahan impian Marcus Rashford yang menyertai Barcelona secara pinjaman mampu bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ selepas gergasi La Liga itu dilapor bersedia untuk menghantarnya pulang ke Manchester United.

Pemain berusia 27 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Camp Nou pada musim panas lalu dengan tempoh pinjaman semusim dan pilihan untuk penghijrahan secara kekal pada nilai £30 juta (RM170.98 juta) ketika jendela perpindahan tahun depan.

Bagaimanapun, selepas hanya mengharungi tiga aksi La Liga, Rashford dilaporkan gagal menarik perhatian ekoran prestasinya yang dianggap sederhana serta gagal mempamerkan apa-apa kelebihan untuk membantu pasukan.

Menurut lapor sebuah media di Sepanyol, pengendali Barcelona, Hansi Flick didakwa kecewa dengan aksi hambar dipamerkan pemain itu dengan menyifatkannya sebagai ‘pemalu’ selain gagal fokus dan mudah hilang punca ketika di padang.

Situasi itu mencetuskan polemik baharu apabila Barcelona dikatakan sedia untuk membatalkan kontrak pinjaman berkenaan sebelum perayaan Krismas dan menghantar Rashford pulang ke Old Trafford biarpun terpaksa melunaskan bayaran pinjaman penuh sebanyak £4.3 juta (RM24.50 juta).

Bagaimanapun, penganalisis bola sepak Sepanyol, Guillem Balague menganggap laporan berkenaan sebagai ‘sampah’ dan tidak benar sama sekali.

“Tidak benar bahawa Barcelona akan menamatkan kontrak pinjaman itu lebih awal. Barca memberitahu wakil Rashford bahawa mereka meletakkan kepercayaan penuh bahawa pemain itu akan kembali ke prestasi terbaik dan menjadi pemain yang hebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN