fbpx
SEBAHAGIAN penduduk kampung dan ahli Persatuan Usahawan Petani dan Penternakan Perak yang bersimpati dengan nasib yang diterima Nashender (lima dari kanan) mengadakan bantahan aman di Kampar semalam.

‘Notis singkat macam mana nak pindah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang penternak kerbau merayu pihak bertanggungjawab supaya dapat melanjutkan tempoh pengosongan dan memberikan alternatif kawasan kandang lain ekoran notis yang diterimanya terlalu singkat untuk sebarang tindakan lanjut.

Menurut Nashender Singh Gurdip Singh, 35, notis pengosongan yang diterima daripada Pentadbir Tanah Kinta lima hari lalu terlalu singkat membuatkannya buntu lagi-lagi arahan itu akan tamat pada esok.

“Saya merupakan generasi kedua keluarga yang telah menternak lebih 120 ekor kerbau di Tanjung Tualang sejak 25 tahun untuk jualan di seluruh negeri ini.

“Sebelum ini, kandang ini seluas 8 hektar yang kemudian diarahkan berpindah di kawasan berhampiran dengan keluasan 0.2 hektar kerana kawasan ini dijadikan aktiviti perlombongan pasir sungai oleh sebuah agensi kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Nashender ditemani 20 penduduk kampung sekitar termasuk ahli Persatuan Usahawan Petani dan Penternakan Perak yang bersimpati dengan kesukaran dialaminya.

Dia mendakwa, notis pengosongan itu terlalu singkat selain pihak bertanggungjawab tidak mencadangkan kawasan alternatif lain untuk ternakan haiwannya.

Katanya, sekiranya isu itu tidak diselesaikan dengan segera, dia boleh mengalami kerugian sehingga lebih RM200,000 selain mengundang risiko kepada orang awam.

“Risiko banyak kerana lebih 100 ekor kerbau akan berkeliaran termasuk di jalan raya yang boleh mengundang musibah kepada orang ramai.

“Saya tidak mempunyai masalah menyewa tanah di kawasan lain atau pajakan tanah lain untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN