fbpx
Kenderaan terpaksa berhenti untuk memberikan laluan kepada pengguna lain jika bertembung di atas jambatan di Kampung Tengah dan Baru di Kluang.

Luahan pembaca: Seram lalu jambatan Kampung Tengah, Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Melihat keadaaan jambatan penghubung antara Kampung Tengah ke Kampung Baru di Kluang, pasti terdetik rasa gerun setiap kali melaluinya apatah lagi dengan kelebarannya hanya terhad untuk dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa.

Laluan lain pula jauh dan memerlukan masa agak panjang untuk ditempuhi apatah lagi jika menggunakan kereta.

Jambatan yang telah dibina sejak lebih 10 tahun lalu itu sepatutnya sudah lama diganti baharu kerana kini menjadi laluan utama penduduk di dua-dua kampung untuk menjalankan urusan harian.

Selain itu, lebar jambatan yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan itu turut menyukarkan pengguna kerana perlu menunggu giliran untuk melaluinya dan keadaan ini amat menyusahkan penduduk.

Keadaan bertebing di hujung jambatan yang agak tinggi akan membuatkan pengguna sama ada motosikal mahupun kereta hilang kawalan dan terbabas dan terjatuh.

Sebelum berlaku perkara tidak diingini sebaiknya pihak berkaitan dapat bertindak segera mengatasi masalah ini dengan menggantikannya kepada sebuah jambatan yang lebih lebar.

Selain itu, keadaan cahaya yang terlalu gelap di jambatan ini juga amat membimbangkan penduduk, selain bimbang terlanggar tebing pada jambatan turut menjadi kekhuatiran adalah kegiatan jenayah kerana berada jauh dari kependudukan.

Difahamkan perancangan untuk membina baharu jambatan ini telah pun dilakukan sejak kira-kira setahun lalu, namun hingga kini masih menjadi teka-teki dengan tempoh pembinaannya.

Penduduk sekitar amat berharap ia tidak sekadar perancangan semata-mata, pelaksanaan segera jambatan itu dapat memudahkan penduduk.

Risau,
Kluang, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN