fbpx
Mayat mangsa ditutup kain selepas disahkan meninggal dunia akibat ditikam di hadapan rumah keluarganya di Taman Seri Pagi, Senawang kelmarin.

Bapa menjerit lihat anak berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kemarahan yang semakin memuncak angkara perselisihan faham mendorong seorang lelaki sanggup menikam seorang duda dengan kejam hingga mati di hadapan rumah keluarganya di Taman Seri Pagi, Se­nawang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang baru bertunang dua minggu lalu ditemui bapanya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat ditikam di dada menggunakan pisau.

Keadaan mangsa ketika itu se­perti nyawa-nyawa ikan sebelum petugas perubatan datang untuk memberi rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, selepas hampir satu jam bertarung nyawa, lelaki itu akhirnya meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 7.28 petang.

Difahamkan, suspek datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kereta bersama beberapa ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 6.50 petang.

Katanya, mangsa telah ditikam oleh seorang suspek lelaki berusia 31 tahun yang berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua.

“Polis telah menangkap suspek dengan bantuan orang awam dan merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek direman hingga 18 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada pemberita semalam.

Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia terdengar jeritan bapa mangsa yang melihat anak­nya dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah mereka.

“Ketika itu saya tidak berfikir panjang dan terus menghubungi pihak ambulans dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa jiran saya.

“Saya kemudian tangkap suspek dan ikat badannya dengan tali supaya dia tidak dapat me­larikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN