fbpx
Seorang penduduk menunjukkan jalan yang rosak di Perumahan Kilang Felda Panching Utara di Kuantan.

‘Nak tunggu runtuh baru bertindak ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Penduduk Perumahan Kilang Felda Panching Utara di sini kecewa apabila tiada pihak yang mahu bertanggungjawab membaiki jalan rosak walaupun mendapan dan hakisan tanah semakin teruk berlaku sejak tiga bulan lalu.

Keadaan itu semakin buruk apabila ia seperti tidak dipandang serius oleh pihak berwajib walaupun jalan utama itu menanti masa untuk runtuh.

Lebih kecewa apabila penduduk sendiri keliru agensi yang sepatutnya menyelesaikan isu itu.

Siti Aminah Arifin, 57, berkata, masalah hakisan tebing jalan itu mula dikesan sejak dua tahun lalu sebelum berlaku runtuhan April lepas.

“Aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan untuk membaik pulih, hanya papan tanda amaran dan kon yang diletakkan oleh pihak berkenaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jasnishah Jaafar, 50, memberitahu, ketiadaan lampu jalan menambahkan risiko keselamatan bagi pengguna pada waktu malam.

“Sedikit demi sedikit haki­san semakin merebak terutama selepas hujan lebat, tambahan pula jalan ini juga digunakan kenderaan berat. Jika tidak dibaik pulih segera mungkin jalan ini akan terputus terus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN