fbpx
TANGKAP layar menunjukkan antara kod QR dan status yang dimuat naik individu tanpa nama di Facebook.

Bersepah kod QR minta bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Layari sahaja media sosial, tidak kira Facebook, Instagram dan Thread pasti ada sahaja yang berkongsi QR meminta sedikit bantuan.

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan diselitkan juga paparan baki duit dalam akaun.

Ayat-ayat meraih simpati yang diberikan adalah lebih kurang sama tetapi yang pasti ia mencuit hati sehingga ada pihak yang terkesan.

Elemen meraih belas ihsan digunakan adalah berkaitan dengan anak-anak dan kelaparan. Individu yang hati batu juga pasti akan lembut hatinya jika terkait anak-anak.

‘Tak cukup mahu beli beras, gaji lambat lagi, susu anak sudah habis, kasihan si kecil tiada susu, maafkan ibu.’ Terdapat pihak yang berkongsi ‘Mahu RM18.95 lagi, nak beli beras’.

Siapa pun tidak tegar membaca ayat-ayat ini tanpa membantu. Penulis pasti sedikit sebanyak hati akan terusik dan Maybank2u dibuka untuk menghulurkan derma.

Penulis pasti bukan RM1 yang diberi tetapi lebih. Sukar dipastikan kesahihan semua ini namun rakyat Malaysia umumnya sangat pemurah.

Sebab itu tidak hairanlah peminta sedekah tradisional tidak pernah berkurangan. Malah bertambah dengan kemunculan warga asing.

Jika sebelum ini kita sering menderma pada mereka yang duduk menadah tangan dengan bekas kosong di tepi kaki lima selain peminta sedekah yang bergerak dari satu meja ke meja untuk meraih simpati.

Mereka hanya bermodalkan muka kasihan, menadah tangan atau membawa tisu bagi meminta belas ihsan orang ramai.

Jika seorang memberikannya RM1, kalau 10 meja bersamaan RM10. Jika dihitung dalam sehari dia boleh merayau ke 50 buah meja, cukuplah untuk makanan harian.

Peminta sedekah merujuk pengemis, istilah yang digunakan untuk menggambarkan individu yang mengharapkan belas kasihan orang lain untuk mendapatkan wang atau makanan.

Seiring masa berlalu, mereka kini tidak lagi ke ruangan kaki lima sebaliknya meraih simpati di media sosial, di mana capaiannya lebih besar dan meluas.

Modus operandi ialah muat naik hantaran beserta gambar hiasan dengan nama samaran. Kemudian meminta simpati. Cukup masa padan posting dan muat naik semula.

Jika betul susah itu tidak mengapa tetapi ada saluran yang boleh digunakan. Carilah pengurusan masjid, surau, ahli jawatankuasa taman atau pusat zakat.

Jangan kerana anda yang berpura-pura susah atau mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain menyebabkan mereka yang memerlukan teraniaya.

Kepada yang ikhlas membantu, jangan mudah tertipu, selidik dahulu dan pastikan anda menolong individu yang betul dan benar-benar kesusahan bukannya mereka yang mahu untung atas angin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN