fbpx

Lelaki didakwa hempuk kepala abang ipar guna batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Alor Gajah - Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul kepala abang iparnya menggunakan batu, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Shafiq Suwarno, 30, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Dr. Teoh Shu Yee.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap abang iparnya berusia 33 tahun dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan batu.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah bernombor, Felda Bukit Bulat dalam daerah Alor Gajah pada 16 Jun 2025.

Difahamkan tertuduh bertindak sedemikian selepas sekian lama menyimpan perasaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tinggal sebumbung dengannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa yang juga abang iparnya.

Peguam Loong Meng Si yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM70 sehari dan menanggung ibunya yang menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi, selain telah insaf.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 13 Ogos depan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI